Saturday, 12 December 2015

Betul ke Baja Nadi Bio Kimia ni Mahal ??

Salam hormat,

Kemarin ada orang dari Muar cakap kat saya baja ni mahal lah.. Nak buat kira-kira dulu. Jika murah baru nak ambil.

Sebenarnya isu berkenaan mahal ke dak baja ni telah pun saya cerita sebelum ni. Saya memang kena terima, bahawa nak jual produk melayu ni memang susah sedikit berbanding dengan jual baja cina.

Sekarang ni baja kuda singa pun dah RM150 50kg. Tetapi tiada masalah pun taukey tu menjual. Baja nadi ni baru RM120 50kg , tapi banyak pula yang komen mahal.

Ok.. Kita tengok hasil penggunaan baja nadi bio kimia secara putara dalam setahun biasanya 1 ekar boleh mencapai 2.5 ton sebulan.

Jika harga pasaran sawit RM390 katakan ertinya pendapatan 1 ekar ialah RM975 sebulan.

Kos membaja bagi baja nadi ialah RM60 X 5 beg = RM300
Setahun 3 kali membaja bermakna kos 1 ekar ialah RM900

RM900 di bahagikan dengan 12 bulan bersamaan RM75 sahaja kos baja bagi setiap bulan.

Pendapatan Sebulan RM975 - kos baja RM75 = RM900 hasil pendapatan sebulan.

Jika anda upah orang ambil buah biasanya dalam RM70 ke RM80 pertan. Jadi pendapatan bagi setiap ekar boleh capai RM820

Jika kebun ada 5 ekar anggaran hasil boleh capai RM4100 sebulan jika ada 10 ekar RM8200 sebulan !

Ada juga pekebun kata kat saya, eh.. mana boleh engkau kira hasil 12 bulan! Musim melawas tak buah tau!

Saya cakap, Dato.. buat masa ni belum ada lagi pekebun yang guna baja ni tak ada buah atau buah sedikit di musim melawas tau!

Dato tu macam tak percaya.. dia cakap, iye ke? ada testimonial?

Saya tepuk dahi.. dekat web bajanadi.com tu banyak dah testimonial beserta no tel pekebun tu sekali. Lihat dan boleh call dan jumpa sendiri jika masih tak percaya produk melayu ni lebih bagus dari produk bangsa lain.

Kebun beliau ada 70 ekar.. perlukan baja 350 beg. Dato tu cakap.. gila la kos baja je dah RM21K.. Mahal la baja awak ni!

Kalau orang yang ada rem "Garam" dalam lubang hidung dia macam Hj. Bakhil  memang akan kata macam-macam. Saya dah biasa jumpa orang yang macam tu.

Orang cina bagi tahu. Dalam setahun ada 12 bulan. 1 bulan punya hasil kita mesti tak boleh makan katanya.

Sebabnya hasil 1 bulan tu adalah untuk kos baja, racun dan lain-lain. Sebab pokok pun nak makan. Jika kita tak bagi makan macam mana nak dapat hasil yang banyak.

Tetapi orang melayu kita ni tak buat macam tu.. Setiap bulan hasil kebun tu kita guna untuk makan. Bila waktu nak membaja mula la nak cari baja yang murah. Tetapi hasil nak melimpah!

Andai kata kebun dato tadi tu hasilnya cuma 1 tan je se ekar.. Ertinya hasil sebulan kebun dato tu boleh capai RM27300 sebulan jika harga sawit RM390/tan !

Kos baja baru RM21,000. Masih ada baki RM6300 untuk urusan lain. Jika hasil bertambah dari penggunaan baja nadi bio kimia ini dari 1 tan sebelum ni ke 2 tan untuk se ekar..

Jadi hasil kebun dato yang 70 ekar tu boleh mencapai hasil sebulan sebanyak RM54600 !! Kos baja tetap sama, tetapi hasil berganda! Untung ke rugi guna baja nadi ?

Jika tuan ada komen atau cadangan ataupun pertanyaan sila hubungi saya. So, fikir-fikirkan dan buatlah kira-kira untuk keperluan kebun tuan pula.


Sekian,

11 comments:

  1. Terbaik tuan..orang cina cakap mau wang tanam wang..yang penting kebun mesti dibaja..

    ReplyDelete
  2. Macam manusia tiap2 hari nak makan untuk badan sihat dan bertenaga.bergitu juga pokok sawit perlu baja untuk mengeluarkan buah.Bagaimana nak order,saya kawasan spg renggam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betul tu tuan.. Jika nak order boleh hubungi wakil jualan kami http://bajanadi.com/wakil.html

      Delete
  3. Macam manusia tiap2 hari nak makan untuk badan sihat dan bertenaga.bergitu juga pokok sawit perlu baja untuk mengeluarkan buah.Bagaimana nak order,saya kawasan spg renggam.

    ReplyDelete
  4. insyaallah saya suka dgn penjelasan tuan. boleh diguna utk kelapa mataq juga ke?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah saya sudah ambil 35 beg semalam dari ckg daud

    ReplyDelete
  6. Mo juga merasa 1 ekar/2tan tn..tpi tngu baja ni masuk sabah..

    ReplyDelete