Tuesday, 1 December 2015

Berapa Usia Pokok Yang Sesuai Di Baja?

Salam hormat,

Mungkin ada yang tertanya-tanya sepatutnya sewaktu bila kita mesti membaja? Persoalan ini sering juga saya terima dari mereka yang baru saja bermula dalam industri penanaman pokok sawit.

Untuk penggunaan baja Nadi Bio Kimia kami amat galakkan aktiviti membaja ni bermula dari proses penanaman anak pokok. Sebelum anda meletakkan anak pokok ke dalam lubang yang telah siap di korek, tabur dalam 1kg baja nadi bio kimia dan perlu di ratakan di permukaan lubang tersebut.

Setelah itu barulah anak pokok di letak dan di tanam. Basahkan tanah dengan siraman air jika penanaman itu di musim panas atau dikawsan yang jarang terima hujan.

Tujuan baja nadi di letakkan di dalam permukaan lubang sebelum anak pokok di letak adalah untuk merawat tanah di sekeliling akar pokok agar segera kembali kepada sifat asal tanah yang subur. Sekiranya tanah tersebut bersifat asid/masam, maka keadaan tanah itu dapat di pulihkan agar PH tanah antara bacaan 5 ke 5.5

Keduanya adalah untuk tumbesaran akar yang cepat dan banyak. Sekiranya anda lihat kesan penggunaan baja nadi ke atas pokok yang usianya lebih 3 tahun akar besar keluar dengan banyak maka sekiranya penggunaan baja nadi di awal penanaman maka akar akan lebih banyak akan keluar dari bawah pokok.

Pertumbuhan akar tersebut akan mempercepatkan lagi penyerapan makanan pokok untuk pembesaran pokok yang sihat dengan cemerlang. Kesan perubahan yang ketara ialah daun-daun yang terhasil akan lebih berwarna hijau pekat dan kegelapan pokok kelihatan sangat subur.

Tererusnya adalah untuk ketahanan dari serangan penyakit di peringkat awal terutama melindungi dari serangan GANODERMA. Kerana microrganisma dari baja nadi akan berkumpul di sekeliling akar pokok sebagai pembenteng dari serangan penyakit terutama dari serangan melalui akar pokok.

Selepas 4 bulan penanaman anak pokok anda harus teruskan membaja di sekeliling pangkal pokok dalam kuantiti 1kg setiap pokok sehingga usia pokok mencapai umur 3 tahun. Jadual membaja bagi pokok di bawah usia 3 tahun adalah sama iaitu 3 kali setahun.

Semoga maklumat ini bermanfaat buat anda. Sekian

Mohd Fuaad
Rasyid Iskandar Resouces

No comments:

Post a Comment